New Page 1

 

 

 

  R.U.;

  Ayuh kita merealisasikannya!

 

Kita diwar-warkan dengan fenomena Universiti Penyelidikan.

 

Namun sejauh manakah keberkesanan amalan penyelidikan dan pembangunan di kalangan penyelidik-penyelidik di UPM ini.

 

Adakah ianya memberi impak yang baik kepada kesejahteraan seluruh manusia, atau sekadar retorik semata-mata kerana ingin mengejar status. Sejauh mana fenomena Universiti Penyelidikan ini boleh pergi lebih jauh jika masalah dalaman universiti sendiri terabai, lalu mengapa hal-hal kebajikan luaran universiti dititikberatkan sedangkan anak yang ditatang telah diabaikan haknya.

 

PBBUPM dengan tegas ingin menyorot kembali usaha-usaha yang telah dilakukan oleh tim JK JAMIS UPM yang diketuai oleh Mata-mata JAMIS UPM terhadap aspek kebajikan mahasiswa UPM yang terabai sehingga boleh menjejaskan kualiti hidup dan pencapaian akademik secara amnya. Dengan cadangan tajuk-tajuk kajian ilmiah di bawah, pihak yang berkenaan yang peka dan sedar akan kebajikan mahasiswa bolehlah mengaplikasikannya dalam kajian Tuan/Puan/Dr./Prof..

 

 

Perkhidmatan Bas.

Tajuk Cadangan; Perkaitan di antara sikap pemandu bas dengan kualiti perkhidmatan bas di UPM; sejauh mana ia memberi kesan kepada kesejahteraan hidup mahasiswa.

 

-semakin banyak aduan dan cemuhan mahasiswa terhadap isu kelewatan bas dan isu kekurangan bas di UPM. Apa yang pasti, sebanyak RM70 telah dibayar oleh setiap mahasiswa untuk melanggan perkhidmatan WAJIB itu. Mahu tidak mahu, standard RM70 yang tidak memuaskan itu terpaksa dilanggan juga.

 

 

Penyembur Air.

Tajuk Cadangan; Kualiti UPM selaku peneraju Universiti Penyelidikan; rekaan dan penemuan yang tidak diaplikasikan untuk kegunaan dalaman.

.

-kira-kira 3 tahun lalu, alat penyembur ini berfungsi dengan baik. Malangnya baru-baru ini, kebanyakan daripada alat ini bukan sahaja tidak berfungsi, malah telah rosak dan sekadar menjadi 'gajah putih' di mata mahasiswa mahupun pelawat. Dengan kekuatan Research Universiti, UPM yang mempunyai pakar penyelidik mampu untuk mencipta alat penyembur air sendiri.

 

Kawasan Meletak Kenderaan Pelajar.

Tajuk Cadangan; Kawasan meletak kenderaan; Kemaslahatan mahasiswa UPM kurang penting berbanding pegawai dan pensyarah.

 

-isu lapuk dan sering menjadi perhatian setiap masa. Ke mana agaknya kenderaan mahasiswa harus 'dilemparkan' sebelum kaki dijejakkan ke dewan kuliah?

 

Masalah Pendaftaran Kursus (Pelajar Berhutang).

Tajuk Cadangan; Kriteria pendaftaran kursus di UPM; dilema dan penyelesaian mahasiswa berhutang.

 

-memang perkara biasa bagi mahasiswa yang berkemampuan untuk membayar sendiri yuran pengajian, akan tetapi faktor keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu menyebabkan mahasiswa yang berstatus hutang gagal menyempurnakan pendaftaran kursus, lalu mengakibatkan sindrom pemencilan sosial berlaku.

 

Harga Makanan.

Tajuk Cadangan; Isu yang tidak akan selesai; sejauh mana kefungsian dan peranan unit perniagaan UPM mampu mempengaruhi harga makanan yang menekan mahasiswa.

 

-UBC UPM sehingga kini gagal untuk menyatakan apakah fungsinya dalam mencatu wang mahasiswa melalui penekanan harga sewaan tapak gerai makanan di UPM. Apa rasionalnya? Perlukah tapak gerai makanan di UPM disewakan? Mengapa ia dikenakan caj sewaan yang tidak munasabah?

 

Gerakan Mahasiswa Pembangkang.

Tajuk Cadangan; Implikasi gerakan mahasiswa pembangkang terhadap pencapaian akademik dan perkaitannya dengan isu memburuk-burukkan pemimpin tertinggi di UPM.

 

-isu yang sememangnya tetap hangat. Namun, kelestariannya boleh dikekalkan?

 

Masalah sampah sarap.

Tajuk Cadangan; Universiti Dalam Taman; tema semata-mata atau satu realiti yang dipikul oleh semua pihak di UPM.

 

-sikap mahasiswa, atau kekurangan fasiliti, atau kesilapan orang luarkah yang menjadi isunya?

 

     

   

Penutup.

 

Masalah dalam universiti sendiri tidak dapat diselesaikan, apa lagi mahu melakukan kajian mengenai masalah-masalah semasa di luar universiti.

 

Mahasiswa, fikirkan sejenak dan bersatulah.

 

Pihak universiti, prihatin dengan masalah mahasiswa. Segerakan penyelesaiannya.

 

Demi menjayakan status UPM selaku Universiti Penyelidikan, ayuh semua warga UPM berganding bahu menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu.

 

 

 

Penyelaras,

PBBUPM.

 

 

    <<Kembali ke Halaman Utama MU

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>